Karl Strecker

Pemberontakan Silesia Pertama
Perang Dunia IIKarl Strecker (20 September 1884 – 10 April 1973) adalah seorang Jeneral Jerman semasa Perang Dunia II yang memerintah beberapa pasukan tentera di Perbatasan Timur. Seorang tentera profesional dan polis berkerjaya, beliau berjuang dalam Perang Dunia I dan kemudian berkhidmat dalam Polis Keamanan separa tentera Republik Weimar. Strecker mengalu-alukan kebangkitan kuasa Hitler dan menyokong rejim itu, mendapat kenaikkan pantas dalam angkatan tentera Jerman Nazi, iaitu Wehrmacht. Strecker menjadi Panglima Divisyen Ke-79 Infantri pada Mac 1939 hingga Januari 1942, kemudian dilantik Panglima Kor XVII sebelum diberi memerintah Kor XI dalam Pertempuran Stalingrad dan merupakan jeneral Jerman terakhir yang menyerah diri di bandaraya itu pada 2 Februari 1943. Beliau menghabiskan masa 12 tahun dalam tahanan Soviet sebelum dibebaskan pada Oktober 1955. Selepas itu beliau menetap di perkampungan Riezlern, Austria, dimana beliau telah meninggal dunia pada 1973.

Karl Strecker

Pangkat Generaloberst
Anugerah Knight Cross of the Iron Cross
Tahun perkhidmatan 1905–1920
1935–1945
Kesetiaan  Empayar Jerman
 Republik Weimar (hingga 1920)
 Jerman Nazi
Pertempuran Perang Dunia I

Pemberontakan Silesia Pertama


Perang Dunia II

Meninggal dunia 10 April 1973(1973-04-10) (umur 88)
Riezlern, Austria
Kelahiran 20 September 1884
Radmannsdorf, Prusia Barat
Arahan Divisyen Ke-79 Infantri
Kor XVII
Kor XI
Perkhidmatan Tentera Darat Prusia
Reichsheer
Tentera Darat